Soalan
objektif:
1. Proses pemilihan kerjaya seseorang merangkumi 3
peringkat iaitu fantasi, percubaan dan realistik. Penyataan tersebut merujuk
kepada
a. Teori Kendiri Super
b. Teori Struktur John L. Holland
c. Teori Tingkah Laku John Krumboltz
d. Teori Perkembangan Pemilihan Kerjaya Ginzberg
2. Pernyataan-pernyataan di bawah adalah menerangkan
kegunaan Senarai Semak Masalah Mooney (Mooney Problem Check List) kecuali
a. Membantu pentadbir sekolah mengatasi masalah-masalah
disiplin yang berlaku dalam sekolah
b. Memberi satu gambaran yang menyeluruh kepada
kaunselor tentang gangguan yang dihadapi oleh kliennya
c. Membantu guru kelas mengenalpastikan murid-murid yang
memerlukan program pemulihan khas dalam akademik
d. Membantu guru bimbingan dan kaunseling mendapat
persepsi yang tepat terhadap punca-punca pembentukan personaliti kliennya
Soalan
Struktur:
1.
Kerjaya
merupakan bidang yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Justeru itu
perancangankerjaya yang teliti dan teratur perlu bagi menjamin keberkesanan
perkembangan kerjaya seseorang.
a) Senarai 4 andaian dalam teori Struktur John Holland
i......................................................................................
ii.....................................................................................
iii....................................................................................
iv....................................................................................
b) Senaraikan 6 jenis ciri-ciri personaliti individu
dalam bidang investigatif.
i.....................................................................................
ii....................................................................................
iii...................................................................................
iv...................................................................................
v....................................................................................
vi...................................................................................