Thursday, May 10, 2012

revision for EDU3107 chapter 1


latihan 1 :
Buatlah satu simulasi tentang perkhidmatan B&K yang ditawarkan di sekolah berdasarkan salah satu topik di bawah.
1.-kaunseling untuk peribadi (menguruskan  tekanan hidup : pernafasan secara mendalam, imaginasi ; kemahiran membuat  keputusan)
2.- kaunseling keluarga (ibu bapa djemput untuk merunding jika prestasi pelajar merosot dan ia berkaitan dengan isu atau masalah yang berpunca daripada keluarga)
3.- kaunseling bersosial (contoh individu yang digemari oleh orang lain): cara bermula & teruskan perbualan, ciri-ciri berhubungan baik dengan kawan, orang lain
4.- kaunseling akademik/ berasaskan pendidikan (contohnya, meningkatkan motivasi murid untuk belajar)
5.- kaunseling kerjaya (contoh : bagaimana merancang  satu perancangan untuk kerjaya), atau mengendalikan inventori kerjaya untuk membantu pelajar/klien
Latihan 2:  refleksi diri
  a-   Apakah kelebihan bimbingan kaunseling individu berbanding kelompok?Apakah pula kelebihan KK yg dpt dihasilkan melalui sesi bimbingannya berbanding KI? Fikir dan bincangkan.
  b. – Apakah tujuan dan fungsi kaunseling keluarga?(konferensi keibubapaan)

Soalan objektif:
1)    Manakah di antara berikut, merupakan takrifan kaunseling yang dikemukakan oleh Shertzer dan Stone (1968)?
a.    Kaunseling nerupakan sesi penasihatan antara seorang kaunselor terlatih dengan klien
b.    Kaunseling merupakan proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya
c.    Kaunseling adalah proses perbincangan biasa yang boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan tempat
d.    Kaunseling merupakan satu proses yang sistematik, melibatkan perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang

2)    “Puan Fatimah adalah seorang guru B&K di sekolah Cemerlang telah menjalankan beberapa siri ceramah motivasi dan kemahiran pengurusan masa untuk murid darjah enam sekolahnya.”
Tentukan jenis bidang perkhidmatan B&K yang sesuai dengan pernyataan ini.

a.    Kerjaya
b.    Motivasi
c.    Akademik
d.    Psikososial
Soalan struktur:
1)    A) Nyatakan erti konsep ‘kaunseling’ dan ‘bimbingan’.
i.              ……………………………………………………..
ii.            ……………………………………………………..
B) senaraikan 3 bidang perkhidmatan B&K di sekolah.
i……………………………………………………………
ii…………………………………………………………..
iii………………………………………………………….
Soalan esei:
1)    Perkhidmatan B&K dilaksanakan di semua sekolah.
a.    Nyatakan dan jelaskan  2 jenis perkhidmatan B&K tersebut dan disertai contoh-contoh yang releven.
b.    Huraikan 4 faktor yang mempengaruhi keberkesanan perkhidmatan B&K.









23 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete